Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Tuesday, 19 February 2013

Kek Gula Hangus @ Sarang Semut

Assalamualaikum..
Hari ni Mummy teringin nak buat Kek, tapi nak yang  senang-senang je. Lagipun harini Daddy balik dari kebun so Mummy nak sediakan manis-manisan buat Daddy. Mummy nak buat Kek Gula Hangus, ada juga yang panggil Kek Sarang Semut sebab texture cake yang berlubang-lubang macam sarang semut.


A) Untuk Gula Hangus

2 cwn  Gula Pasir
2 cwn  Air mendidih
3 tbsp  Butter

Kacau gula sampai larut dalam periuk non-stick di atas api sederhana kecil sehingga berwarna madu keemasan. Kemuadian masukkan air panas dalam gula yang sudah larut tadi. Masukkan dengan berhati-hati kerana gula akan meletup-letup. Nanti gula tadi akan jadi berketul-ketul tapi takpa. Gula tadi boleh dicairkan semula. Bila gula tadi telah cair dan larut, masukkan butter. Biarkan butter larut dan tutup api dan sejukkan.

B) Untuk Adunan Kek

7 bj    Telur saiz A
2 cwn Tepung Gandum
1 tin    Susu Pekat
2 tsp   Soda Bikarbonat
1 tsp   Baking Powder
1 tsp   Esen Vanila

Pukul telur hingga betul-betul kembang. Setelah telur kembang, masukkan susu pekat dan di ikuti dengan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
Setelah adunan tadi sebati, masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit. Pukul sehingga seluruh adunan merata.
Setelah adunan tadi rata, masukkan (A) iaitu Gula Hangus yang telah sejuk tadi dan pukul hingga sebati.
Apabila semua telah sebati, masukkan adunan ke dalam loyang bakar yang telah digris/dilapik baking paper, dan perap adunan selama 3 jam.
Bakar selama 1 - 1 1/4 jam pada suhu 160-180 darjah celcius dalam oven yang telah dipanaskan. Pada 5-10 minit yang terakhir, gunakan api atas bawah. Apabila kek telah masak, sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment