Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Saturday, 23 February 2013

Cerita Vadei Lagi..

Assalamualaikum,

Ni cerita Vadei tak habis lagi. Lepas Mummy buatkan Vadei untuk Ainna, Mummy pun terfikir untuk buat Vadei ni dan bawa ke surau memandangkan Mummy ada kuliah Maghrib pada Selasa malam lepas. Selasa malam  lepas ada Ustaz Abdul Rauf, beri kuliah tentang sifat-sifat Nabi Besar Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Segala tentang Rasulullah s.a.w, dikupas pada setiap selang Selasa malam. Sangat menarik dan indah perwatakan Rasulullah s.a.w yang sepatutnya kita jadikan contoh, ikutan dan idola. Sunnah mengikutnya.
Selain dari Vadei, Mummy juga ada buat Roti Kameera dan Kari Ekor Lembu. Selain dari ada kuliah Maghrib, Selasa malam juga adalah malam kaum Ibu belajar mendalami ilmu bacaan Al-Quran. Jadi ramai dan meriahlah pada malam tu. Haha, tapi tentu tak pernah dengar orang buat Kari Ekor kan?? ok tak per, untuk resepi Roti Kameera dan Kari Ekor, Mummy akan post asing bila ada kesempatan.

Berbalik pada Vadei tadi, Mummy pun siap-siap rendam 1kg kacang dhall semalaman untuk kembangkan dia. Pada petangnya, kacang dhall dah cukup kembang untuk ditoskan airnya. Setelah Mummy selesaikan menumis kari dan membancuh adunan roti, sambil menunggu ekor lembu lembut dan roti Mummy mengembang, Mummy pun mula blend kacang dhall dan proces2 seterusnya sehinggalah menggoreng.

 Bahan2 untuk 1kg Kacang Dhal

 Adunan Vadei sebelum dikepal bulat-bulat leper

Bila Mummy bawa pada malam tu, Alhamdulillah jemaah yang datang semua suka dengan hidangan yang dihidangkan.
Pada hari Khamis lepas pula, Khidmat Mummy diminta untuk buatkan Vadei sekali lagi untuk kenduri bacaan tahlil pada Khamis malam Jumaat yang lalu. InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan, Mummy takkan kedekut ilmu yang telah Allah kurniakan pada Mummy. Sharing is Caring..


No comments:

Post a Comment