Ainna Girl sejak balik dari London hari-hari minta Mummy buatkan Vadei. So Mummy pun beli la kacang dhal nak buat Vadei untuk anak dara kesayangan yang satu-satu nya ni.
Nak buat Vadei ni bukan susah. Senang je sebenarnya cuma Mummy ni kalau nak buat apa-apa kena tengok keadaan baby. Kalau tak meragam, boleh la bergerak lancar setiap project. Setelah beberapa lama kacang dhal ni bersimpan dalam cupboard, akhirnya tercapai la hasrat Ainna untuk makan Vadei buatan Mummy.
Pada sesiapa yang nak buat Vadei, boleh cuba resepi Mummy. so lepas ni tak perlu beli Vadei kat kedai mamak lagi. Bila buat sendiri, sudah pasti makanan kita tu bersih, suci lagi halal. Cuma rajin tak rajin je la..
Bahan-bahan:-
250g Kacang Dhal (rendam sekurang-kurangnya 4 jam)
1 biji Bawang Besar (dihiris nipis)
2 tangkai Cili Kering (dihiris nipis)
1 tsp Jintan Manis biji
2 tangkai Daun Kari (dilurut diambil daun sahaja)
Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
Kacang Dhal perlu direndam dahulu. Mummy suka rendam semalaman. Tapi kalau malas nak tunggu, rendam 4 jam je pun dah boleh. Setelah direndam,toskan kacang dhal yang dan kembang tadi sehingga kering. Setelah ditoskan, blend kacang dhal tadi. Mummy blend dalam food processor je. Kalau takda food processor, guna blender kering pun boleh juga. Jangan blend semua. Tinggalkan dalam segenggam kacang dhal untuk dicampur skali nanti.
Bila dah blend, gaul rata kacang dhal yang dah di blend, kacang dhal kasar, bawang, cili kering, daun kari, jintan manis dan garam. Apabila telah rata semua bahan, bentukkan adunan tadi di tapak tangan macam bentuk digambar di atas. Berapa besar saiznya, terpulang pada masing2. Mummy suka buat yang chomel2 je. Tip supaya adunan Vadei yang dikepal tadi tidak pecah apabila dilepaskan kedalam minyak di kuali; minyakkan sedikit tapak tangan apabila nak mengepal adunan Vadei. InsyaAllah Vadei akan masuk dalam kuali in shape.
Goreng Vadei dalam minyak yang sederhana panas. Goreng sampai warna keemasan. Jangan goreng terlalu lama. nanti Vadei bukan jadi rangup tapi jadi keras. So selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment