Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Wednesday 4 September 2013

Sos Steamboat ala Johnny's

Assalamualaikum semua..
Kita masih di dalam bulan Syawal iaitu bulan raya. Ramai lah juga kawan2 yang menjemput ke rumah terbuka. Mummy ada lah juga biat jamuan hari raya kecil-kecilan buat rakan2 surau Mummy dan Mr. Daddy. Alhamdulillah ramai juga dari kawan2 surau yang datang hingga tak menang tangan gak Mummy sekeluarga. Terima kasih pada kawan2 yang sudi meluangkan masa datang. Antaranya Kak Ani dari Cheras Indah, walaupun dalam keadaan anaknya Fikri tak berapa sihat berkerusi roda, tapi tetap gagahkan diri untul datang. Thanks Kak Ani and family, thanks to others as well.

Untuk jamuan ringkas ni Mummy tak la masak heavy sangat. Sebab tahu nak hujung Syawal ni orang banyak majlis jadi tak dan nak makan semua. So Mr. Daddy cadangkan buat steamboat. Kami just prepare 2 jenis sup iaitu sup ayam dan sup tomyam. Dan kami sediakan bahan seperti fish ball, fish cake, pucuk kering, sayuran dan macam2 lagi untuk steamboat ni. Since menu ni agak light tapi filling, kami sediakan juga sedikit nasi briyani daging. Untuk dessert, Mummy buat sikit red velvet cupcake. Amacam, terliur tak?

Memandangkan menunya adalah steamboat, jadi pasti kena ada sos cicahnya macam di Johnny's. Selepas rasa sos tersebut, ramai yang tanya Mummy apa Mummy letak dalam sos tu. So Mummy nak share dengan visitors Dapur Omak Den my 'Steamboat Dipping Sause' receipe.

Bahan set A:
4 biji tomato masak (size sedang)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (siapa suka pedas boleh lebihkan)
1 ibu jari halia
1 ibu jari lengkuas
2 batang serai
1 ikat daun ketumbar
2-3 cawan air
3 tbsp minyak zaitun
Garam dan gula

Semua di atas ni ditumis dalam periuk dalam 5 - 6 minit. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan. Setelah sejuk, blender hingga halus. Apabila telah halus, masukkan kembali ke dalam periuk dan masak atas api sederhana. Dalam memasak kembali bahan set A tadi, kita campukan dengan bahan2 di set B di bawah.

Bahan2 set B:
1 biji air limau kasturi
2 tbsp sos ikan
2 tbsp minyak bijan
1 tbsp cuka
1 tsp cayenne pepper powder
2 tsp paprika powder
Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 dari set B ini terpulang pada lidah masing2. Kepada yang suka masam boleh tambah lagi air limau dan cuka. Kepada yang suka rasa masin sos ikan boleh tambah lagi sos ikan. Kepada yang suka bau lemak bijan, boleh tambah lagi minyak bijan. Kepada yang suka pedas, boleh tambah lagi cayenna pepper dan paprika. Tapi bagi Mummy, cukup sekadar yang di atas sebab anak2 Mummy tak makan pedas dan tak suka masam sangat. Masak hingga mereneh. Boleh masukkan 1 tsp tepung jagung untuk jadikan sos lebih pekat.

Untuk hidangan, boleh taburkan biji bijan dan daun ketumbar yang dihiris halus. Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment