Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Sunday 4 August 2013

Dari Ramadhan datang ke Syawal

Assalamualaikum....
Lama Mummy tak ber blogging. Sepanjang Ramadhan ni masa Mummy penuh dengan pelbagai aktiviti dari pagi hingga ke malam. Siang hari Mummy menjahit, malam hari berterawih pula. Masak memasak tu seperti biasa lah.. Dah memang menjadi rutin. Resepi untuk juadah berbuka nanti akan Mummy susul kemudian ye. Ditambah dengan melayan kerenah anak2 espacially baby Imran yang growing dan semakin aktif. Adam juga tidak kurang perkembangannya dengan pelbagai gelagat dan ayat2 baru yang sentiasa buat Mummy impress dan teruja. Dah nak penghujung Ramadhan ni Mummy bz kuih raya la pulak. Memandangkan baju dan seluar raya suami, anak2 dan Mummy dah settle, baru la Mummy sentuh bab kuih raya. Baru semalam Mummy mula buat. Semalam Mummy buat Cornflake Madu. Harini Mummy buat Chocolate Chip Cookies. Untuk esok, Mummy belum fikir lagi nak buat kuih apa.
Harap visitor blog Dapur Omak Den sabar menanti resepi2 yang akan Mummy post nanti ye.

No comments:

Post a Comment