Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Friday 28 June 2013

Bedak Sejuk Tanaka


Assalamualaikum buat visitors blog Dapur Omak Den. Mummy doakan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera walaupun keadaan cuaca kini berjerebu. Harini Mummy bukan nak bercerita tentang resepi. Dan tak juga nak bercerita tentang jerebu yang semakin hari Alhamdulillah semakin berkurangan. Tapi harini Mummy nak bercerita tentang Bedak Sejuk Tanaka Original dari Myanmar.. Apa dia bedak sejuk tanaka? Asal popularnya kerana pelakon cantik manis Nora Danish yang mengeluarkan dan menggunakan produknya sendiri iaitu TATE by D.E.A.




Bedak Tate by D.E.A (edaran Danish Emphire Association) diperbuat daripada sumber alam semulajadi iaitu kayu pokok tanaka (tanaka = sandalwood tree). Tanaka ini berkesan untuk :-

  • mengecut dan menghapuskan jerawat
  • membuang sel-sel mati, melembut serta menghaluskan kulit
  • memudarkan parut serta mencerahkan kulit
  • melindungi dari sinaran UV (sapuan nipis sebagai foundation) 
  • melambatkan tanda2 penuaan awal seperti kedutan halus dan jeragat
  • menyejukkan kulit dan mengawal lebihan minyak di kulit wajah
  • mampu menyelesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan sebagai scrub badan
Cara penggunaannya :-


 Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan ratakan keseluruh wajah dengan menggunakan jari atau span muka.

*Tips: Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis

Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan jari atau ambil sedikit bedak tanaka, letakkan ke dalam piring. Campurkan ia dengan sedikit air (jangan terlalu pekat/cair), kemudian sapukan ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub/cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci pada keesokan harinya.

 




Bedak ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit - berjerawat, sensitif, normal atau berminyak. Sesuai untuk lelaki dan wanita sama ada dewasa atau kanak-kanak. Boleh merawat kegatalan dan dijadikan scrub seluruh badan untuk menghilangkan kotoran, daki dan sel-sel kulit mati. Bedak tanaka ini adalah amalan warisan keluarga Nora Danish yang berasal dari Myanmar.

Sekarang mari kita lihat pula testimoninya:-



Mummy pun ada jual bedak sejuk tanaka ni kalau ada sesiapa yang beminat untuk menggunakannya. Tapi Mummy bukanlah jual bedak sejuk tanaka jenama Tate by D.E.A yang Nora Danish punya tu. Mummy jual bedak tanaka yang memang asalnya dari Myanmar.


Apa perbezaan bedak Tate by D.E.A dengan yang asal dari Myanmar ni? Hanya label. Isinya sama.

Beza pada sticker sahaja
 Harga :-

40 g   - RM20.00
110 g - RM25.00 

Jika berminat, bolehlah whatsapp/sms 019-2626979 atau WeChat: MummyNieza




No comments:

Post a Comment