Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Friday 17 May 2013

Lemon Chicken

Assalamualaikum semua,

Hmmmm harini Mummy nak post lagi satu resepi iaitu Lemon Chicken @ Ayam Lemon. Memandangkan anak2 kecil Mummy masih dibuai mimpi indah dan Mr. Daddy dah keluar bekerja awal, sempat la kiranya Mummy nak share something buat visitors Dapur Omak Den. So lets check it out rhe receipe.

Bahan2nya:Ayam:
500 gram isi ayam dipotong dalam 2 jari
1/2 biji air lemon
Tepung Jagung
1 biji putih telur
Garam

Perap isi ayam dengan air lemon dan sedikit garam dalam 15 minit.
Sediakan 2 mangkuk tepung. Satu tepung basah dan satu tepung kering.
Untuk menggoreng ayam, sediakan minyak yang bersih, banyak dan panas di dalam kuali. Apabila minyak telah betul2 panas, boleh lah mula menggoreng ayam.
Mula2 celup ayam dengan telur, kemudian celup pada tepung kering dan kemudian celup pada tepung basah dan akhir sekali dicelup pada tepung kering semula. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga batter menjadi kuning keemasan di mana menunjukkan batter telang garing dan rangup. Ulang sehingga ayam habis.

Sos Lemon:1/2 biji air lemon*
1 cup air*
1 tbsp madu*
3 tbsp gula*
1-2 tbsp tepung jagung
1 tbsp tepung custard
Garam*
Butter

Campurkan semua bahan * kedalam mangkuk. Cairkan butter san masukkan bahan * kedalam kuali. Apabila telah mereneh, masukkan tepung jagung dan tepung custard yang telah dilarutkan di dalam air. Letak garam secukup rasa. Tambah gula jika  perlu. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tambah air jika perlu (jika terlalu pekat).

Apabila sos telah masak, susun ayam yang telah siap goreng tadi ke dalam pinggan dan curahkan sos lemon ke atasnya.Lemon Chicken sedia untuk dihidang dan sedap dimakan panas.



No comments:

Post a Comment