Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Monday 13 May 2013

Cheese Prawn

Assalamualaikum,

Malam ni Mr. Daddy requested for Cheese Prawn, Lemon Chicken, Kangkung Rebus dan Sambal Belacan. So Mummy akan share satu lagi resepi udang gaya restaurant.

Bahan2nya:
10 ekor udang laut size xxl
10-15 ulas bawang putih dicincang halus
1-2 tangkai daun kari
1-2 biji cili padi dipotong bulat2
100 gram cream cheese
2 tbsp tepung jagung yg dilarut air
Butter
Minyak masak
Sos ikan
Serbuk stok ayam
Garam
Air

Cara2nya:

Goreng dahulu udang dengan butter hingga masak dan asingkan.

Panaskan minyak campur butter dan tumiskan bawang putih cicang. Apabila telah naik bau, masukkan daun kari dan cili padi. Actually cili padi ni diletakkan mengikut tahap suka pedas seseorang. Taknak letak langsung pun boleh. Setelah bahan tumisang kekuningan dan berbau wangi, masukkan sedikit air. Air ini bertujuan untuk melarutkan cream cheese. Masukkan cream cheese. Boleh pakai apa saja cream cheese tapi kalau nak sedap sudah tentu dari brand philadelphia.

Kacau sehingga cream cheese larut. Tambah air jika perlu. Masukkan sos ikan, serbuk stok ayam dan sedikit garam. Jangan masuk banyak sangat garam kerana cream cheese biasanya masin. Lebih baik merasa dahulu sebelum masukkan garam. Disarankan kurangkan garam dalam pemakanan seharian untuk tubuh badan yang sihat.

Apabila cream cheese telah larut, masukkan tepung jagung dan kacau sampai jadi likat. Apabila telah likat kelihatan creamy (berkrim), masukkan udang tadi. Gaul rata pada api sederhana selama beberapa minit. Jangan terlalu lama. Kemudian hidangan sudah sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama hidangan yg lain.



No comments:

Post a Comment