Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Tuesday, 22 October 2013

Toothpick Lamb Sate @ Satay Cungkil Gigi

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hmm bagaimana dengan hari raya aidiladha visitors2 Mummy. Ada yang dijemput oleh Nya untuk menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan ibadah haji. Dan ada juga yang menunaikan ibadah srmbeliha kurban di serata pelusuk dunia. Bila tiba musim haji ni, Mummy dan Mr. Daddy akan terkenangkan saat manis kami pergi tanah suci Mekah dan Madinah pada 2011 menunaikan ibadah haji. Saat manis ini tidak dapat di lupakan sampai bila2. Saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Madinah di mana bersemadinya tubuh Nabi besar junjungan kita Rasulullah saw. Saat pertama kali kaki melangkah masuk ke Masjid Nabawi. SubhanaAllah Maha Suci Allah betapa agungnya kekuasaanMu. Saat pertama kali pula berada di Masjidil Haram di mana di situ kukuh teguh berdirinya kaabah yang menjadi panduan kiblat solat kita. Terpegun Mummy melihat kaabah dihadapan mata. Betapa tersergam gagah dan indah. Allahu Akbar. Sentiasa segar dalam ingatan kesemuanya seperti baru semalam kami pulang dari sana. Ya Allah, aku bersyukur kehadrat Mu kerana dipilih sebagai Dhuyufur Rahman paa 2011 yang lalu. Alhamdulillah. Aku mohon akan sentiasa dijemput oleh Mu ke rumah Mu Ya Allah.

Begitulah diantara pengalaman Mummy. Kalau nak cerita tentang kemanisan berada di tanah suci ini, sampai bila2 pun tak akan habis dan tak akan jemu. Alhamdulillah.

Pada hari raya haji ni Mummy dan Mr. Daddy sibuk bertugas di surau. Mr. Daddy jadi tukang sembelih dan tukang lapah juga. Mummy pula ditugaskan untuk masak kari kambing. Ermm best tak?? Hehe.. Tapi harini Mummy bukan nak cerita pasal kari kambing yang Mummy masak di surau tau. Mummy actually nak share resepi yang Mmy bagi nama 'Toothpick Lamb Sate' atau Satay Cungkil Gigi. Hehe.. Eh bukan bergurau. Betul ni. Tak percaya? Jom terus tengok apa bahan2 yang diperlukan.

Bahan2nya :-

500g Daging kambing biri2 
(lamb) atau daging lembu batang pinang
3tbsp Serbuk ketumbar
4tbsp Serbuk jintan manis
3tbsp Serbuk jintan putih
4tbsp Chillie flakes
5tbsp Biji bijan putih
garam dan perasa secukup rasa


Cara2nya :-

Potong daging kecil2. 
Nak sedap pakai 
Lamb sebab lembut. kalau nak guna daging lembu, pakai jenis batang pinang. semua ni daging lembut. 
Sebelum ditabur dengan semua bahan2 kering, pastikan daging berada dalam keadaan kering. gaul rata semua bahan. pada yang suka pedas, boleh tambah lagi cili flakes. bila semua bahan dah digaul rata, cucuk 1-3 keping daging ke cungkil gigi buluh. kemudian goreng dalam minyak panas dalam kuali. jangan goreng terlalu lama sebab kita tak nak nanti satay kita tu kering dan keras. selanat mencuba..

No comments:

Post a Comment