Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Saturday, 5 October 2013

Shark's Fin Soup with Crabmeat

Assalamualaikum.. Selamat hari Sabtu. Buat apa hujung minggu macam ni. Memandangkan Mr. Daddy hari ni tak kerja dan Ainna Girl pula ada tuition, bukan boleh berjalan ke mana pun, so Mummy pun masak la. Hari2 pun masak juga. Tapi biasanya kalau hari cuti macam harini ada la yang special sikit. Mungkin pada visitors biasa je, tapi pada Mummy ianya special especially bila makan bersama keluarga tercinta.

Dalam freezer dah lama tersimpan shark's fin (sirip ikan yu) dan isi ketam. Jadi Mummy pun terfikir untuk buat sup. Mr. Daddy suka sangat makan sup ni. Mummy pun favourite juga. Jadi bila dah sehati sejiwa suka sama suka, hehe, Mummy pun belajar la buatnya. Bukan susah pun. Senang je cara pembuatannya. Cuma kesedapannya bergantuk pada gred sirip ikan yang kita gunakan dan juga kemanisan rasa isi ketam yang segar. Erm terliur Mummy walau tadi dah 2 mangkuk Mummy settlekan. Hehe.. Cuma sup ini tak sesuai dimakan oleh orang yang alah pada makanan laut, gout dan yang seangkatan dengannya. Makan sikit tak pe, asal jangan lah makan bermangkuk2, orang sihat pun boleh sakit kalau begitu. Ini pula orang yang dah memang sakit. Allah swt juga tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan. Bersederhanalah kata Allah.

Jom kita tengok betapa senangnya bahan dan cara masaknya.

Bahan2:-
1 liter stok ayam
100 g isi ketam
100 g sirip yu
1 tbsp sos tiram
1 tsp kicap cair
1/2 tsp minyak bijan (optional)
2 tbsp tepung jagung (campur dengan air)
1 biji telur (pecah dan pukul)
Garam dan lada putih secukup rasa

Cara:-
Panaskan stok ayam hingga mendidih. Kalau malas nak rebus tulang ayam, bancuh je stok ayam concentrated maggi. Bila telah mendidih, masukkan sirip ikan yu. Kacau hingga sebati dan sirip jadi sedikit lembut.
Kemudian masukkan pula sos tiram, kicap cair, garam dan lada putih. Biar mendidih seketika. Apabila telah mendidih, masukkan isi ketam.
Kemudian masukkan pula minyak bijan dan tepung jagung. Biarkan mendidih hingga pekat. Akhir skali tutup api dan masukkan telur dan kacau perlahan2.
Sup ni sedap dihidang makan ketika panas. Kalau dah sejuk nanti ia cair dan tak sedap.
Senang je kan buatnya. Jom lah cuba. Tak perlu lagi nak makan di kedai yang harga semangkuk dalam RM30-RM45. Buat sendiri di rumah kerana pasti bersih, suci dan halal. InsyaAllah.

1 comment: