Amacam??? Nampak menarik tak menu ni.. Jangan tak tau, ni anak dara Mummy yang masaknya. Saja tukar selera malam tu kami tak nak makan nasi. Nak makan western dan tak heavy sangat. Apa pun memang agak mengenyangkan juga.
Ainna memang expert dalam bab western dan pastry. Ainna gemar menonton channel masakan dari chef2 antarabangsa macam Jamie Oliver (favourite Mummy jugak ni), Chuck, Cake Boss, Ina Garten, dan ramai lagi. Dari situ Ainna adapt pelbagai resepi pasta, pastry, grill dan sebagainya.
Untuk melengkapkan hidangan, Mummy prepare sedikit Mash Potato dan Brown Sauce, Coleslaw dan Ayamas Premium Frankfurter Sausage. Kalau nak Mummy bagi resepi macam mana nak buat mash potato dan coleslaw di sini memang susah sikit sebab Mummy tak ada kuantiti tertentu di dalam bahan. Semuanya main agak2 je. Satu hari nanti Mummy sukat sukatannya ok.
No comments:
Post a Comment