Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Wednesday, 26 June 2013

Chillie Lala


Assalamualaikum..

Harini Mummy nak share resepi Chillie Lala. Mummy masak ni last week. Kesibukan menyebabkan Mummy tak dapat nak post entry resepi ni.

Lala ni Mummy beli dipasar hidup2 lagi. Fresh la orang kata. Cara nak bersihkan lala senang je. Rendam lala (yang masih hidup) dalam air biasa lebih kurang setengah jam sebelum masak. Bila dah cukup time, basuh lala bersih2. Kenapa rendam? Lala ni dari lumpur dan pasir. Bila ia direndam dalam air, ia akan bernafas yang membuatkan pasir dari dalam cengkerangnya keluar. Perasan tak bila kita cuci lala, ada pasir dalam bekas..

Bahan2nya:
1 kg Lala
10-15 biji Bawang putih dicincang halus
1 ibu jari halia muda dicincang halus
1-2 tangkai daun kari
1-2 biji cili padi dipotong bulat
1 batang serai diketuk
3-4 tbsp Sos cili thai Maggi
2 tbsp Sos cili Maggi
1 tbsp Sos tiram
1 tbsp Sos plum
1 tsp Sos ikan
1 tsp Serbuk stok ayam
Garam secukup rasa
Minyak

Cara memasaknya:
Toskan lala yang dah dibersihkan. Toskan sebab lala ni kita nak goreng dulu. Kalau tak nanti dia meletup2. Jadinya bila dah ditoskan boleh la kita goreng lala ni pada minyak yang banyak dan panas. Goreng hingga kulit lala bertukar merah dan terbuka. Jangan goreng terlalu lama kerana nanti isi lala mengecil dan keras.

Apabila selesai menggoreng, asingkan lala. Sekarang untuk buat kuahnya pula. Panaskan dalam 1 senduk minyak masak. Kalau Mummy suka gunakan minyak lebihan goreng lala tadi sebab ia memberikan aroma dan rada yang berbeza. Tapi pastikan minyak yang kita guna untk goreng lala tadi bukan minyak recycle. Sebab kita tak nak ada trans fat yang berlebihan dalam makanan kita seharian.
Tumiskan bawang putih cincang. Apabila naik bau, masukkan halia muda cincang, daun kari dan cili padi untuk ditumis bersama. Jika suka pedas, boleh tambah lagi cili padi. Mummy tak masak pedas sangat sebab nanti anak2 tak boleh makan. Tumis hingga garing dan wangi.

Kemudian boleh masukkan kesemua sos. Masak hingga berminyak. Tambah sedikit air jika perlu, jika kuah terlalu pekat. Tapi jangan jadi cair pulak. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam lagi. Apabila kuah telah siap, masukkan lala tadi dan gaul supaya kuah merata keseluruh lala tadi. Kecilkan api semasa menggaul kuah ke lala. Setelah selesai dan rata, boleh masukkan kedalam mangkuk hidang. Taburkan hirisan daun ketumbar untuk rambahan rasa dan aroma.

Selain dari lala kepah, lala janis lain seperti bamboo lala pun boleh juga. Selamat mencuba..


Bamboo Lala.. Sedap..


No comments:

Post a Comment