Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Friday, 1 March 2013

Resepi Roti Kameera

Assalamualaikum semua..

Maaf Mummy lambat post resepi Roti Kameera ni. Macam-macam perkara berlaku. Anak-anak Mummy seorang demi seorang demam silih berganti. Tu yang lambat nak buat entry tu. Apa pun seperti yang dijanjikan, resepi Roti Kameera Mummy sembahkan.. Ewah...

Roti Kameera ni adalah resepi orang Arab di Saudi Arabia. Kalau kita di sini panggilnya 'Roti Arab'. Kameera tu bermaksud 'Yis'. Ertinya roti ni ada yis. Roti Kameera ni, selain dari kita buat Roti Arab untuk dimakan bersama kari, boleh juga di buat Roti Pataer (Croissant berinti) atau sebagai Doh Pizza. Doh nya lembut dan gebu. Roti ini juga adalah makanan sihat, sesuai untuk pesakit yang berpenyakit kencing manis atau darah tinggi dan sebagainya. Ianya kurang kolestrol, garam dan gula. So check it out the receipe..

Inilah hasil Roti Kameera yang telah siap.

Roti yang dibakat di atas kuali non-stick leper

Roti di canai nipis sebelum dibakar

Bahan-bahan:-

3 cup          Tepung Gandum
3 1/2 tbsp   Gula Halus
3 tbsp         Susu Tepung / Susu Cair / Susu Low Fat
1 1/2 tsp     Yis Kering
1 tsp           Garam
3 1/2 tbsp   Minyak Masak
1 biji           Telur
1 cup          Air Suam

Cara-cara:-

Tepung tak perlu di ayak. Campurkan semua bahan-bahan di atas. Sebelum mencampur yis ke dalam adunan, bancuh dahulu yis dengan air suam. Gaul rata semua bahan dan uli hingga sebati dan menjadi doh yang lembut.

Setelah doh lembut, simpan doh di tempat yang bertutup dan gelap supaya tidak terkene cahaya. Ini untuk menggalakkan perkembangan bakteria yis pada roti. Simpan dalam 30 min - 45 min mengikut kesabaran menunggu sehingga kembang.

Setelah kembang, cubit doh agak-agak sebesar bola kecil dan canai nipis. Kemuadian bakar di atas kuali non-stick leper tanpa minyak. Semasa membakar, roti akan menggelembung. Tekan-tekan roti supaya masaknya rata,serta balik-balikkan sehingga roti masak.

* Untuk Roti Pataer dan Pizza Base, bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 30 min - 45 min.

No comments:

Post a Comment