Assalamualaikum semua..
Maaf sebab lama Mummy tak post apa-apa entry. Mummy agak bz sejak akhir-akhir ni. Anak-anak Mummy lepas sorang, sorang demam. Banyak yang nak Mummy share dengan visitor blog Dapur Omak Den ni, tapi kelewatan. Jadinya, slowly slowly Mummy akan update entry Mummy kay.
Semalam, Mr. Daddy, Iman dan Adam balik ke kebun kami di Ulu Bendul untuk tengok keadaan anak biri-biri yang baru lahir lagi. Alhamdulillah bertambah jumlah biri-biri kami. Mummy, Ainna, Irfan dan Imran tinggal di rumah aje sebab Irfan ada exam hari ni.
Sedang Mummy di rumah dan Adam tak ada, ada lah peluang Mummy nak buat Fruit Cake/Kek Buah yang pada Mummy remeh sikit pembuatannya. Bukan ape, Mummy kurang gemar bab buat gula hangus tu. Takut cedera.
Jadi sebab nak kene jaga seorang je budak kecil, dapatlah Mummy buat Kek Buah ni. Bahannya dah lama Mummy beli, cuma nak buat nye yang belum lagi. jom kita check it out apa bahan-bahan buat Kek Buah ni.
Bahan - bahannya
450g Butter
500g Gula Perang Halus (soft Brown Sugar)
2 tbsp Gula Pasir Putih
7 biji Telur Gred A
600g Tepung Gandum
1 tbsp Soda Bikarbonat
1 tsp Cream of Tartar
2 tsp Esen Vanila
4 biji Biji Buah Pala
100g Ceri Merah
100g Ceri Hijau
100g Kismis Hitam tanpa biji
100g Kulit Limau
100g Kundur
Cara - caranya
1. Buah-buahan kering tadi dipotong kecil-kecil, dicampur sekali, dan digaul dengan tepung lalu dijemur di bawah terik matahari dalam 1 jam. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan cream of tartar sekali. Sagat halus biji buah pala hingga menjadi serbuk.
3. Pukul butter dan gula perang (300g sahaja) sehingga sebati dan kembang. Secara tradisionalnya di pukul pakai hand whisk. Tapi Mummy yang sentiasa mengambil peluang bila baby tido baru boleh buat kerja, pakai mixer je.
4. Setelah butter dan gula kembang, masukkan telur satu per satu. Pukul sehingga jadi sebati dah mencukupi. Telur tidak boleh telalu dipukul kerana nanti kek boleh menjadi kering. Tak moist.
5. Kemudian masukkan esen vanila.
6. Setelah itu masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan cream of tartar yang telah di ayak tadi. Masukkan sedikit demi sedikit. Masukkan selepas itu serbuk biji buah pala. Adun sampai rata. Tapi jangan terlalu menggaul.
7. Setelah adunan rata, masukkan buah-buahan campur tadi. Dengan menggunakan spatula kayu, kaup balik adunan tadi sehala sampai buah-buah tadi serata. Simpan tepi dahulu
8. Sekarang buat gula hangusnya pula. Buat gula hangus ni harus berhati-hati. Kecederaan boleh terjadi seandainya cuai. Kerana tahap kepanasan gula sangat tinggi malah lebih tinggi dari air meggelegak bila ia berada dalam keadaan likat. boleh tertanggal kulit jika terkena cecair gula hangus ni. bukan gula aje hangus malah kulit pun boleh hangus.
Gula perang tadi yang berbaki 200g campurkan dengan 2 tbsp gula pasir putih dimasukkan ke dalam periul non-stick. Kalau boleh cari periuk yang ada handle. Jadi senang nak handle masa nak tuang gula hangus nanti. Cairkan di atas api yang sederhana kecil. Kesabaran diperlukan supaya gula ni bukan hangus tetapi hangit. Gunakan spatula kayu untuk mengacau gula hingga jadi cair.
9. Apabila gula dah cair dan tiada ketul-ketul lagi, tuangkan ke dalam adunan kek tadi. Gaul gula keseluruh adunan jadi rata menggunakan spatula kayu. Proses ini kene cepat kerana gula cepat mengeras. Tapi jika masih ada sedikit gula yang sudah keras tak mengapa kerana gula akan cair kembali semasa proses mengukus.

11. Masukkan loyang yang diisi adunan kek tadi kedalam periuk kukus setelah air mendidih. Kukus selama 5 jam supaya kek boleh tahan lebih lama. Mummy kukus 4 jam je sebab anak-anak tak sabar nak makan dah. Jika pakai periuk kukus yang 2 tingkat, jangan lupa untuk alih kedudukan kek dari atas ke bawah selepas separuh masa mengukus. Ini adalah supaya kek anda dapat kukusan yang rata dan sama.
No comments:
Post a Comment