Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Monday, 11 March 2013

Briyani Oh Briyani Ayam

Assamalualaikum w.b.t.

Jumaat. Kebiasaannya pada hari Jumaat kami sekeluarga akan makan dalam dulang seperti sunnah Rasulullah s.a.w. Menu hari ini ialah Briyani Ayam dan Kari Telur ala Northern India.

Nasi Briyani Ayam makan dalam dulang

Ni Nasi Briyani dimasak style Arab. Kalau pergi ke tanah suci Mekah, inilah nasi yang paling senang dijumpai di sana. Family Mummy memang suka makan Nasi Briyani. Ok, BismillaahirRahmaannirRahim..
Nasi Beriyani Ayam
(4 serving)
Bahan - bahannya:-
3 pot         Beras Basmathi
1/2 ekor    Ayam dipotong 4/8
3 ulas         Bawang Putih
1/4 ibu jari  Halia
                  Daun Ketumbar
1 biji           Bawang Besar (dipotong dadu)
1 biji           Tomato (dipotong dadu)
1 tangkai     Daun Kari
Serbuk Rempah Briyani
Serbuk Rempah Kari
Serbuk Garam Masala
Serbuk Kunyit
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Ketumbar
Serbuk Kayu Manis
4 kuntum    Bunga Cengkih
2biji           Buah Pelaga
1 batang     Kayu Manis
1 tsp          Saffrom
3 tbsp        Air Mawar

Cara-caranya:-
Permulaannya, cuci beras basmathi dan rendam untuk 30 min. Pada Mummy, beras basmathi ialah beras 'Jasmine Pusa Extra Long'. Berasnya panjang putih bersih. Memang sedap dan sesuai dibuat Briyani. Mummy bukan promote beras Jasmin Pusa ni, Mummy tak dapat apa-apa pun dari syarikat Jasmine. Cuma berdsasarkan pengalaman, dalam banyak-banyak beras, ni lah Mummy rasa yang paling best. Tapi Kalau tak ada beras Jasmine Pusa, beras basmathi seperti Faiza Monghul atau Jasmin Basmathi King atau Jasmine Peacock pun sesuai.
Setelah beras basmathi direndam dalam 30 min, rebus beras hingga 1/2 atau 3/4 masak. Tambah garam dalam air rebusan beras basmathi. Jangan tutup periuk semasa merebus beras. Nanti beras tu masak jadi nasi pula.
Setelah beras basmathi menjadi nasi separuh masak. Toskan nasi.

Ayam juga perlu di rebus dahulu. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam dan direbus juga separuh masak. air jagan telalu banyak cukup sekadar menegelamkan ayam.

Sambil menanti proses di atas selesai, kita siapkan bahan untuk masak Briyani Ayam ni.
Bawang putih, halia dan daun ketumbar ditumbuk lumat. Tumis bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi hingga wangi. Masukkan bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis. Kemudian masukkan semua serbuk rempah yang telah dicampurkan tadi. Masukkan sekali air rebusan ayam tadi sedikit. Tumiskan rempah tadi sehingga garing.

Setelah rempah garing, masukkan tomato yang di potong dadu tadi, daun kari dan tomato puree. Apabila tomato yang didadu tadi agak-agak nak hancur, masukkan ayam yang telah direbus tadi dan habiskan air rebusan ayam yang selebihnya tadi. Gaul rata tumisan rempah dan ayam sehingga ayam masak dan air jadi agak-agak likat sedikit. Rasa garam secukupnya. Akhir sekali taburkan daun ketumbar yang dihiris halus.

Kembali kepada nasi kita tadi. Masukkan separuh dari nasi tadi kembali ke dalam periuk. Masukkan Ayam Briyani diatas nasi. Tutup kembali nasi dan ayam tasi dengan nasi yang selebihnya. Dalam periuk kita masak Ayam Briyani tadi tentunya ada lebihan minyak masakan. Ambil dalam sesenduk nasi dan gaulkan pada minyak tersebut lalu dimasukkan kedalam periuk. Taburkan Saffron yang direndam dalam air mawar.
Akhir sekali, balut permukaan periuk dengan aluminium foil dan tutup dengan tutup periuk. Masa dalam api kecil dalam 30 min atatsehingga nasi tadi kelihatan berdiri tegak.
 
Setelah masak, boleh di hidang samada kepinggan atau di dalam dulang.





No comments:

Post a Comment