Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Thursday, 9 October 2014

Im back!!

Assalamualaikum wbt.

Ya Allah. Lama sungguh mmy tak menulis di blog dapur omak den ini. Ada nak hampir setahun kan. Mmy mohon beribu ampun dan maaf atas itu. Macam2 berlaku dalam tempoh itu. Membuatkan hari2 mmy penuh dengan aktiviti. Jadi tak sempat nak update blog ni. Ada juga comment2 dr visitors yang tidak berjawab. Mohom beribu kemaafan.

Aktiviti masak memasak berjalan seperti biada. Ye lah, mmy ni kan suri rumah sepenuh masa. Memamg memasak je hari2. Tapi, tak sempat nak post ke blog. In shaa Allah, akan mmy mula menulis semula. Mmy rindu sangat2 menulis. Dapat luahkan perasaan melalui penulisan.

Ok lah. Mmy tak boleh lama2 ni. Kain baju melambak2 perlu dilipat. Jumpa di entry yang akan datang ye. Wasalam

Tuesday, 22 October 2013

Toothpick Lamb Sate @ Satay Cungkil Gigi

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hmm bagaimana dengan hari raya aidiladha visitors2 Mummy. Ada yang dijemput oleh Nya untuk menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu menunaikan ibadah haji. Dan ada juga yang menunaikan ibadah srmbeliha kurban di serata pelusuk dunia. Bila tiba musim haji ni, Mummy dan Mr. Daddy akan terkenangkan saat manis kami pergi tanah suci Mekah dan Madinah pada 2011 menunaikan ibadah haji. Saat manis ini tidak dapat di lupakan sampai bila2. Saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Madinah di mana bersemadinya tubuh Nabi besar junjungan kita Rasulullah saw. Saat pertama kali kaki melangkah masuk ke Masjid Nabawi. SubhanaAllah Maha Suci Allah betapa agungnya kekuasaanMu. Saat pertama kali pula berada di Masjidil Haram di mana di situ kukuh teguh berdirinya kaabah yang menjadi panduan kiblat solat kita. Terpegun Mummy melihat kaabah dihadapan mata. Betapa tersergam gagah dan indah. Allahu Akbar. Sentiasa segar dalam ingatan kesemuanya seperti baru semalam kami pulang dari sana. Ya Allah, aku bersyukur kehadrat Mu kerana dipilih sebagai Dhuyufur Rahman paa 2011 yang lalu. Alhamdulillah. Aku mohon akan sentiasa dijemput oleh Mu ke rumah Mu Ya Allah.

Begitulah diantara pengalaman Mummy. Kalau nak cerita tentang kemanisan berada di tanah suci ini, sampai bila2 pun tak akan habis dan tak akan jemu. Alhamdulillah.

Pada hari raya haji ni Mummy dan Mr. Daddy sibuk bertugas di surau. Mr. Daddy jadi tukang sembelih dan tukang lapah juga. Mummy pula ditugaskan untuk masak kari kambing. Ermm best tak?? Hehe.. Tapi harini Mummy bukan nak cerita pasal kari kambing yang Mummy masak di surau tau. Mummy actually nak share resepi yang Mmy bagi nama 'Toothpick Lamb Sate' atau Satay Cungkil Gigi. Hehe.. Eh bukan bergurau. Betul ni. Tak percaya? Jom terus tengok apa bahan2 yang diperlukan.

Bahan2nya :-

500g Daging kambing biri2 
(lamb) atau daging lembu batang pinang
3tbsp Serbuk ketumbar
4tbsp Serbuk jintan manis
3tbsp Serbuk jintan putih
4tbsp Chillie flakes
5tbsp Biji bijan putih
garam dan perasa secukup rasa


Cara2nya :-

Potong daging kecil2. 
Nak sedap pakai 
Lamb sebab lembut. kalau nak guna daging lembu, pakai jenis batang pinang. semua ni daging lembut. 
Sebelum ditabur dengan semua bahan2 kering, pastikan daging berada dalam keadaan kering. gaul rata semua bahan. pada yang suka pedas, boleh tambah lagi cili flakes. bila semua bahan dah digaul rata, cucuk 1-3 keping daging ke cungkil gigi buluh. kemudian goreng dalam minyak panas dalam kuali. jangan goreng terlalu lama sebab kita tak nak nanti satay kita tu kering dan keras. selanat mencuba..

Saturday, 5 October 2013

Shark's Fin Soup with Crabmeat

Assalamualaikum.. Selamat hari Sabtu. Buat apa hujung minggu macam ni. Memandangkan Mr. Daddy hari ni tak kerja dan Ainna Girl pula ada tuition, bukan boleh berjalan ke mana pun, so Mummy pun masak la. Hari2 pun masak juga. Tapi biasanya kalau hari cuti macam harini ada la yang special sikit. Mungkin pada visitors biasa je, tapi pada Mummy ianya special especially bila makan bersama keluarga tercinta.

Dalam freezer dah lama tersimpan shark's fin (sirip ikan yu) dan isi ketam. Jadi Mummy pun terfikir untuk buat sup. Mr. Daddy suka sangat makan sup ni. Mummy pun favourite juga. Jadi bila dah sehati sejiwa suka sama suka, hehe, Mummy pun belajar la buatnya. Bukan susah pun. Senang je cara pembuatannya. Cuma kesedapannya bergantuk pada gred sirip ikan yang kita gunakan dan juga kemanisan rasa isi ketam yang segar. Erm terliur Mummy walau tadi dah 2 mangkuk Mummy settlekan. Hehe.. Cuma sup ini tak sesuai dimakan oleh orang yang alah pada makanan laut, gout dan yang seangkatan dengannya. Makan sikit tak pe, asal jangan lah makan bermangkuk2, orang sihat pun boleh sakit kalau begitu. Ini pula orang yang dah memang sakit. Allah swt juga tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan. Bersederhanalah kata Allah.

Jom kita tengok betapa senangnya bahan dan cara masaknya.

Bahan2:-
1 liter stok ayam
100 g isi ketam
100 g sirip yu
1 tbsp sos tiram
1 tsp kicap cair
1/2 tsp minyak bijan (optional)
2 tbsp tepung jagung (campur dengan air)
1 biji telur (pecah dan pukul)
Garam dan lada putih secukup rasa

Cara:-
Panaskan stok ayam hingga mendidih. Kalau malas nak rebus tulang ayam, bancuh je stok ayam concentrated maggi. Bila telah mendidih, masukkan sirip ikan yu. Kacau hingga sebati dan sirip jadi sedikit lembut.
Kemudian masukkan pula sos tiram, kicap cair, garam dan lada putih. Biar mendidih seketika. Apabila telah mendidih, masukkan isi ketam.
Kemudian masukkan pula minyak bijan dan tepung jagung. Biarkan mendidih hingga pekat. Akhir skali tutup api dan masukkan telur dan kacau perlahan2.
Sup ni sedap dihidang makan ketika panas. Kalau dah sejuk nanti ia cair dan tak sedap.
Senang je kan buatnya. Jom lah cuba. Tak perlu lagi nak makan di kedai yang harga semangkuk dalam RM30-RM45. Buat sendiri di rumah kerana pasti bersih, suci dan halal. InsyaAllah.

Wednesday, 2 October 2013

Ice Cream Vanilla Oreo

Assalamualaikum..

Perasan tak lately ni cuaca agak panas bahang kan. Mummy asyik rasa haus je. Jadi pada visitor blog Dapur Omak Den, jangan lupa minum air masak secukupnya supaya tak dehydrated. Jangn banyak minum ais dan air sejuk pula. Memang lah lega rasa tekak yang haus tu tapi boleh mendatangkan lebih mudarat dari kebaikan.

Mummy ni bukan nak cerita pasal cuaca sebenarnya. Mummy nak kongsi resepi ice cream yang Mummy dapat dari sahabat lama Mummy, Norliza Osman nama nya. Tapi Mummy panggilnya Liza. Disebabkan ramai sangat Liza dikalangan kawan2 Mummy, jadi kami gelar la dia Liza Osman. Mummy dan Liza kawan dari sekolah menengah. Dari zaman Feminin, Res2, 4U2C, Exist lagi.. Lepas form 3 kami dah agak lost contact sebab Liza bertukar sekolah dan bila dah habis sekolah pula Mummy pun dah berpindah. Sampai la baru2 ni Mummy bertemu balik dengan Liza di Instagram melalui Farina.

One day Liza post instagram about Ice Cream Oreo, then Chocolate. So Mummy pun intetested nak tau macam mana resepi dan cara buatnya. Ni dia resepi yang Liza ajarkan Mummy.

Bahan2nya:-
1 1/2 gelas susu full cream
1 tin susu pekat manis
1 tsp esen vanila
1 tbsp ovallete
Biskut Oreo (hancurkan utk hiasan)

Cara2nya:-
Campurkan semua bahan di atas kecuali biskut oreo ke dalam mangkuk mixer dan pukul dalam speed yang sederhana hingga adunan jadi kembang gebu. Pukulnya memang mengambil masa yang agak lama, dari 30-45 min untuk mendapatkan hasil yang gebu ringan. Kalau visitors tak berapa suka manis sangat boleh kurangkan susu pekat manis kepada 3/4 tin sahaja. Bila dah gebu berbuih2, tuang adunan dalam bekas dan tabur la oreo yang dah dihancurkan di atasnya dan bekukan. Bila dah beku, sedia untuk dimakan. Liza kata Ice cream ni kalau nak perisa strawberry cuma tukar je kepada susu strawberry dan hiasa strawberry juga. Kalau nak coklat, tukar pada susu coklat dan hias dengan coklat cip. Selamat mencuba ye.. Credit to Liza_Osman.

Tuesday, 24 September 2013

Roti Jala

Assalamualaikum..

Semalam Mummy masak Kari Ayam bersantan. Request dari Ainna Girl. Rumah Mummy ni jarang sekali masak kari letak santan. Healthy lifestyle.. Cewah.. So bila dah ada kari ayam tu teringin pulak nak makan dengan roti jala since dah lama tak makan roti jala. Mummy pun mula lah mengirai...

Jom intai resepinya:-
2 cup tepung gandum
1 cup air
1 cup susu segar/low fat
1 bj telur
1 tsp garam halus
1-2 titik pewarna kuning

Cara2nya:-
Campur kesemua bahan di atas dan blend hingga halus. Bila dah halus masukkan dalam acuan roti jala dan kirai ikut citarasa di atas kuali leper non stick yang telah panas. Guna api sederhana dan masak dalam lebih kurang 1 minit. Angkat dan lipat atau gulung ikut suka.
Jika adunan telalu pekat, tambah sedikit air supaya adunan tadi boleh flow dengan cantik di atas kuali. Sedap makan dengan serawa durian juga. Selamat mencuba..

Sunday, 22 September 2013

Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce

Assalamualaikum semua..

Mummy dah lama tak post resepi di blog ni. Nak type panjang2, tak berapa sempat nak tekan keypad since Mummy have to pay attention melayan kerenah baby Imran yang makin active. Since today Mr. Daddy and the boys takde (balik kebun tengok biri2) Mummy srmpat nak buat Bread Butter Pudding with Vanila Sauce.

Here the receipe:
Bahan2 untuk puding roti,
8 keping roti putih
500 ml susu low fat
2 tbsp butter
2 tbsp gula
2 bj telur
1 tbsp tepung jagung
1 tsp esen vanila
1 kotak kismis hitam

Bahan2 untuk sauce,
1 tin susu cair
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp gula

Cara2nya:
Firstly sapu loyang dgn butter. Suaun keping roti dalam loyang dan taburkan kismis.

Kemudian pukul butter, gula dan telur hingga sebati. Masukkan tepung jagung dan esen vanila dan pukul sebati. Apabila sudah sebati, masukkan low fat milk dan pukul itk sebatikannya.

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disusun roti. Tekan2 adunan perlahan2 dan biarkan selama 10 minit sebelum dibakar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 30min dalam suhu 180°c.

Untuk sauce, campurkan susu cair, gula dan tepung kastard dlm periuk. Masak perlahan2 di atas api sederhana.

Thursday, 5 September 2013

Brainy Bunch, Little Caliphs, Genius Aulad??

Assalamualaikum..

Moga2 semua umat Islam walau di mana anda berada, sentiasa berada dalam keberkatan Allah s.w.t. Dan juga Mummy doakan semua saudara sesama Islam berada dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera. Harini Mummy nak bercerita tentang tadika yang berunsurkan Islam. These few days Mummy little bit bz seaching and looking for a kindergarten for Adam. Next year Adam is going to 4 years old and I was thinking that suitable for him to go to school at that age. Di rumah most of the time Adam main dan watch tv. Adam kurang suka read book mungkin sebab dia masih kecil dan mungkin kerana dari baby dia dah di exposed dengan tv. Namun begitu Mummy pantau tv channel yang Adam tonton. 95% tv channel yang Adam tonton berbentuk education seperti Team Umizoomi, Barney, Mickey Mouse Club House, Go Diego Go, etc. Dari situ Adam belajar tentang numbers, colours, shapes, animals and so on. In fact, Adam juga fasih berbahasa Inggeris.

Berbanding pembelajaran yang berbentuk Islamik, bahasa arab, mengaji, jawi dan sebagainya, Mummy dapati ia amat sukar diperolehi dan kalau ada pun kurang menarik perhatian Mummy, inikan pula anak2. Maaf jika mungkin Mummy yang tak jumpa. Kalau ada pun yang menarik   pada Mummy iaitu The Voice of Ummi dari artis Nora.

Jika parents lain mungkin berminat berlumba2 untuk menghantar anak mereka seperti ke Smart Reader, Real Kids, Q'dees & etc. Tidak dinafikan, kindy di atas telah terbukti reputasinya. Melahirkan anak2 yang pandai membaca dan fasih berbahasa Inggeris. Bagi Mummy dan Mr. Daddy, kami prefer Adam cerdik mengaji di usia seawal ni. Terasa sejuk hati dan nampak sangat comel anak2 kecil ini fasih mengaji dan menghafaz surah2. Mummy juga sangat pentingkan hal2 makanan anak2 juga. Akan sentiasa pastikan yang bersih dan halal dahulu. Bukan apa, penting untuk kita jaga pemakanan anak2 kita. We are what we eat. Ia mengalir dalam darah tubuh badan. Memang la kindy yang non-muslim ini kata mereka beri makanan halal pada anak kita. Mereka tahu kita orang Islam tidak boleh makan daging khinzir, haram. So mereka masak ayam contohnya. Ayam itu makanan halal. Tp adakah ayam yang diberi pada anak kita itu halal?  persoalannya, dengan siapa di ambil ayam itu, adakah disembelih mengikut syarak, siapa yang masak? Kita sedia maklum yang orang bukan Islam ni sentiasa berhadas besar. Mereka tak pernah mandi wajib pun. Memang tak salah makan dari masakan orang bukan Islam. Dalam hukum pun harus. Tapi kalau ada pilihan kenapa tak nak pilih? Kalau kita nak anak2 kita jadi cemerlang, kita pun kene beri makanan yang cemerlang pada mereka. Selebihnya, Allah yang tentukan. Apa pun segalanya terpulang pada parents masing2 samada nak hantar pada yang muslim atau pada yang non-muslim.

Dah banyak Islamic kindy yang Mummy survey. Yang conventional like Smart Reader, Qdees tak masuk dalam list. Sorry ye.. Hehe.. Besides search dari internet, Mummy call, Mummy personally pergi ke tadika tersebut untuk tengok the environment dan nak tau further about the program offered. Yang jauh ada yang dekat ada. Alhamdulillah ada banyak option cuma nak kene pilih je mana yang sesuai. Mummy ada ke Genius Aulad di Tasik Permaisuri. Environmentnya cantik,bersih dan principle nya juga friendly. Tapi ia jauh dari rumah dan transport provided tak sampai ke kawasan Pandan Indah. Even the program is ok tapi still tak dapat mencuri hati Mummy untuk insist hantar Adam ke situ. Mummy tengok pula tadika Pasti. Ok sebab feedback yang Mummy dapat anak pandai segala macam doa yang diajarkan. Cuma Mummy tak berapa tentang environmentnya. Mummy sangat berkenan dan jatuh cinta dengan program dari Tadika Atfal di Ukay Perdana which pada umur pelajar 4 tahun dan dalam tempoh 8 bulan, pelajar2 nya sudah boleh menghafaz 9 surah2 lazim besides tadikanya cantik bersih dan guru2 yang sangat friendly. Mummy juga sangat suka pada Program tahfiz elite di Tadika As Syakirin di Cheras Utama dan program genius little tahfiz Darul Huffaz di Putrajaya or Kajang. Sayangnya ketiga-tiga tadika ini jauh dari rumah dah kawasan hot jam. So Mummy shortlist Brainy Bunch dan Little Caliphs Program yang sangat dekat dengan rumah. Faham2 lah yang Mummy ada 2 lagi anak yang sekolah tahun 2014. Kalau Mr. Daddy outstation kang tak sempat Mummy nak arrange kalau tadika Adam ni jauh.

Mummy dah pergi Brainy Bunch di Pandan Indah. Alhamdulillah Mummy suka program montessori, yang diguna pakai beside they are english medium school. Mereka juga ajar solat dan they guna talaaqi untuk belajar mengaji. Environmentnya pun ok, modern dan up to date. Ye lah, concept montessori la katakan. Mummy ada pergi ke Little Caliphs di Taman kosas under Cahaya Raudhah. Tapi environmentnya tak dapat menambat hati Mummy dan explanation yang diberi tak berapa memberangsangkan sebab person incharge tak ada masa tu. Yang beri explaination staff baru. Hmm macam mana ye. Telah di tentukan Allah jodoh dengan Little Caliphs under management Tadika Khalifah Didik agaknya. Tadika Khalifah Didik ni membawa program Little Caliphs dan beroperasi di Taman Dagang. Banyak merata banner open day ke branch mereka di Pandan Indah. So Mummy pun call dan mereka jemput Mummy untuk ke open day di Pandan Indah pada 26 October 2013 for further information. Allah, 26 ada Graduation Ainna girl di Grand Season Hotel pula. Takut tak sempat. So Mummy terus ke Taman Dagang dulu untuk tahu sedikit sebanyak about their program sebelum 26 tu. Pertama kali bertemu dengan Teacher Aisyah yang lemah lembut dan sopan bertudung labuh menambat hati Mummy. Satu persatu Mummy diterangkan tentang Tadika Khalifah Didik dan Mummy betul2 suka dan terpikat. Dah memang ditentukan Allah, lepas habis graduation day Ainna Girl, Mummy dan Mr. Daddy terus pulang untuk bersolat dan Mummy terus bawa Adam dengan ditemani Irfan ke open day mereka di branch Pandan Indah. Mr. Daddy tak ikut sebab tunggu ustaz datang pukul 3 pm. Sesampai di Tadika Mummy pun melihat kawasan sekeliling di dalam tadika. Dan masuk ke bilik briefing untuk mendengar lebih lanjut tentang teknik2 pembelajaran yang digunakan di Little Caliphs. Nekad hati Mummy untuk mendaftarkan Adam disini beside the environment menarik dan teacher2 yang friendly dan sangat terang memberi penjelasan pada setiap pertanyaan Mummy. Mummy pun bayar RM200 for deposit dan dapat pulak sepasang uniform percuma sebab mendaftar pada hari yang sama. Alhamdulillah. Adam bakal menjadi student Little Caliphs this 2014 session.

Hopefully Adam dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat belajar dari setiap yang diajarkan oleh guru2 nanti. Dan harap guru2 sentiasa memberi tunjuk ajar pada Adam juga. Tapi kita perlu ingat, kita tak boleh serahkan sepenuh tanggung jawab kita pada guru saja. Kita sebagai parents pun kene ambil masa dan ajar sendiri anak2 kita. Baru lah ilmu itu berkat dan manfaat. Sekian saja buat kali ini. Tunggu lain kali Mummy update progress Adam di Little Caliphs InsyaAllah..