Assalamualaikum

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat datang ke blog Mummy, "Dapur Omak Den". Mummy seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang Isteri dan Mummy kepada 5 cahaya mata, Nur Ainna, Muhammad Iman, Muhammad Irfan, Muhammad Adam & Muhammad Imran.

Mummy suka memasak, memandangkan anak-anak Mummy yang suka makan. Bila tengok anak-anak ni berselera makan, Mummy pun tak rasa penat memasak makanan kegemaran mereka.

Selain dari menjaga hal ehwal rumah tangga, Mummy juga membantu suami dalam urusan penternakan dan pertanian. So, sambil-sambil santai di blog Dapur Omak Den, rajin-rajin lah singgah ke blog Ladang Biri - Biri Omak Den pula, http://www.biri2omakden.blogspot.com/

Wednesday 2 October 2013

Ice Cream Vanilla Oreo

Assalamualaikum..

Perasan tak lately ni cuaca agak panas bahang kan. Mummy asyik rasa haus je. Jadi pada visitor blog Dapur Omak Den, jangan lupa minum air masak secukupnya supaya tak dehydrated. Jangn banyak minum ais dan air sejuk pula. Memang lah lega rasa tekak yang haus tu tapi boleh mendatangkan lebih mudarat dari kebaikan.

Mummy ni bukan nak cerita pasal cuaca sebenarnya. Mummy nak kongsi resepi ice cream yang Mummy dapat dari sahabat lama Mummy, Norliza Osman nama nya. Tapi Mummy panggilnya Liza. Disebabkan ramai sangat Liza dikalangan kawan2 Mummy, jadi kami gelar la dia Liza Osman. Mummy dan Liza kawan dari sekolah menengah. Dari zaman Feminin, Res2, 4U2C, Exist lagi.. Lepas form 3 kami dah agak lost contact sebab Liza bertukar sekolah dan bila dah habis sekolah pula Mummy pun dah berpindah. Sampai la baru2 ni Mummy bertemu balik dengan Liza di Instagram melalui Farina.

One day Liza post instagram about Ice Cream Oreo, then Chocolate. So Mummy pun intetested nak tau macam mana resepi dan cara buatnya. Ni dia resepi yang Liza ajarkan Mummy.

Bahan2nya:-
1 1/2 gelas susu full cream
1 tin susu pekat manis
1 tsp esen vanila
1 tbsp ovallete
Biskut Oreo (hancurkan utk hiasan)

Cara2nya:-
Campurkan semua bahan di atas kecuali biskut oreo ke dalam mangkuk mixer dan pukul dalam speed yang sederhana hingga adunan jadi kembang gebu. Pukulnya memang mengambil masa yang agak lama, dari 30-45 min untuk mendapatkan hasil yang gebu ringan. Kalau visitors tak berapa suka manis sangat boleh kurangkan susu pekat manis kepada 3/4 tin sahaja. Bila dah gebu berbuih2, tuang adunan dalam bekas dan tabur la oreo yang dah dihancurkan di atasnya dan bekukan. Bila dah beku, sedia untuk dimakan. Liza kata Ice cream ni kalau nak perisa strawberry cuma tukar je kepada susu strawberry dan hiasa strawberry juga. Kalau nak coklat, tukar pada susu coklat dan hias dengan coklat cip. Selamat mencuba ye.. Credit to Liza_Osman.

No comments:

Post a Comment